22 Disember 2008

RANCANGAN TUGAS HARI INI

BIL

RANCANGAN TUGAS

01.

Memeriksa semula bilik pelajar di Kolej Seri Mulu yang boleh digunakan (fit to use) untuk dilaporkan kepada PA.

02.

Memeriksa kerja-kerja pembersihan di sekitar kawasan Blok 3 dan 5.







TUGASAN SEBENAR

MASA

TUGASAN

08.00-13.00

Bertugas di pejabat kolej.

  • Menyemak email.
  • Mengesahkan kerja-kerja pembaikan paip yang telah dibuat.
  • Meminta PAR untuk memeriksa semula keadaan didalam bilik pelajar untuk memastikan bilik-bilik tersebut sudah boleh diduduki.
  • Memberikan gambar tandas yang telah dibaiki di Kolej Seri Serapi kepada PYA untuk membuat laporan kerana pembaikan yang dibuat tidak mengikut spesifikasi yang betul.
  • Berjumpa dengan Penyelia Rightaway untuk bertanyakan perkembangan kerja-kerja pembersihan di sekitar kawasan kolej kediaman pelajar.
  • Mengira jumlah bilik yang sudah boleh dimasuki dan anggaran kasar jumlah pelajar yang boleh dimuatkan di Kolej Seri Mulu untuk dilaporkan kepada PA.
  • Memeriksa dan mengira kunci bilik pelajar.
  • Pendaftaran bilik untuk PM MMS.

14.00-17.00

Bertugas di pejabat kolej.

  • Menandatangani Surat Akujanji yang akan diserahkan kepada pelajar-pelajar baru.
  • Menyambung semula kerja-kerja memeriksa dan mengira kunci bilik pelajar.
  • Pendaftaran bilik untuk pelajar PM MMS.
  • Membuat surat permohonan untuk memotong dahan-dahan pokok yang terdapat berhampiran dengan kawasan letak kereta di belakang kafeteria 3.
  • Menghubungi Bahagian Fasiliti untuk bertanyakan perkembangan kerja-kerja pembaikan yang telah dilakukan di kolej kediaman.
  • Menghubungi Pengurus Kafeteria 3 untuk bertanyakan menu untuk Hari Kualiti.
  • Mengesahkan kerja-kerja servis alat penghawa dingin.
  • Mengemaskini laporan tugasan harian.