04 Disember 2008

RANCANGAN TUGAS HARI INI

BIL

RANCANGAN TUGAS

01.

Memantau kerja-kerja pembaikan yang dijalankan di kolej kediaman Seri Mulu.

02.

Memeriksa kerja-kerja pembersihan bilik pelajar yang dilakukan oleh pihak cleaner.







TUGASAN SEBENAR

MASA

TUGASAN

08.00-09.00

Bertugas di pejabat kolej.

  • Mengemaskini laporan tugasan harian.
  • Membaca laporan kerja-kerja pembaikan yang telah dijalankan.
  • Membaca laporan tugasan harian pelajar SKP.
  • Perbincangan dengan PA dan PYA Seri Serapi mengenai kerja-kerja yang telah dilakukan di kolej kediaman pelajar dan diminta oleh PA untuk memeriksa dan menghapuskan tapak-tapak pembiakan nyamuk aedes jika ada untuk mengelakkan sebarang kemungkinan.

09.00-10.30

  • Memantau kerja-kerja pembaikan yang sedang dijalankan di Blok 4 dan Blok 5 Seri Mulu.
  • Meminta pihak landskap untuk membersihkan sampah -sampah yang terdapat didalam parit di sekeliling kawasan gelanggang di Kolej Seri mulu.

10.30-11.00

Keluar minum dan membeli sedikit peralatan yang akan digunakan untuk kerja-kerja pembaikan (klip pintu dan gagang almari).

11.00-13.00

Menyambung kerja-kerja pembaikan kerosakan.

14.15-15.00

  • Pergi ke Unit Kewangan untuk menghantar claim pelajar SKP.
  • Pergi ke Unit Pentadbiran untuk menghantar punch card dan juga menghantar faks kepada Cik Reggina ( RENTOKIL ).

15.00-15.15

Bertugas di pejabat kolej.

  • Menghubungi Cik Juliana dari Unit ICT,membuat temujanji untuk datang ke pejabat kolej untuk install Lotus Note ke dalam pc dan beliau akan datang pada esok pagi.

15.15-16.45

  • Memantau kembali kerja-kerja pembaikan kerosakan dan juga kerja-kerja pembersihan blok.

16.45-17.00

Bertugas di pejabat kolej.

  • Merancang dan berbincang dengan PRA mengenai kerja-kerja yang akan dilakukan pada esok hari.
  • Mengemaskini laporan tugasan harian.